Mengulangkaji pelajaran SPM & Advokasi KDB

22 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac, Pedi Machan telah menyediakan kelas khas untuk Pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) untuk mengulangkaji pelajaran bersama-sama untuk mereka bertukar pendapat dan belajar lebih efektif. Kelas tersebut telah disertai 3 orang pelajar.

Dalam Kelas tersebut, Staf Pedi Machan berkongsi cara belajar secara berkesan. Antara perkara yang ditekankan ialah peranan Belajar Berkumpulan :
1) Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk
2) Ahli mesti sehaluan
3) Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut
4) Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif
5) Bersoal jawab

Akhir kelas turut di selitkan tentang kesedaran Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab. Hal ini demikian kerana, Golongan masyarakat yang paling terdedah dengan jenayah salah laku siber iaitu golongan muda (kanak-kanak, remaja, belia) dan penjaga mereka (ibu-bapa, penjaga).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali